Dahulu jarang orang makan belut. Jika memancing atau tahan 'taut', memang
sakit hati jika dapat belut. Biasanya mata pancing tidak boleh digunakan kerana
sukar untuk dicabut dari mulut belut yang menelannya jauh ke dalam. Belut itu akan
dibuang begitu sahaja.
Namun, sekarang belut semakin digemari. Macam-macam menu belut disediakan
di restoran.
Disebabkan permintaan terhadap belut tinggi, maka harganya juga meningkat.
Bahkan bekalan sukar didapati.
Belut hidup di bendang dan sungai atau kolam. Sekarang belut dipelihara secara
komersial bagi memastikan bekalan dapat disediakan berterusan mengikut kehendak
pelanggan.
Belut liar atau belut sawah biasanya ditangkap menggunakan 'tukil' yang diperbuat
daripada buluh atau sekarang ini mudah menggunakan batang paip.
Belut atau Monopterus albus diakui banyak memiliki manfaat untuk kesihatan manusia. Ia
juga merupakan makanan kegemaran banyak negara terutama Jepun dan Korea.
Spesies belut
mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Daging belut mengandungi sodium,
protein, asid lemak tak tepu, omega-3,pelbagai jenis vitamin, kalsium, zat
besi, magnesium dan zink.
Dalam perubatan
tradisional, belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti buah
pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka
pembedahan.
Jika kerap memakan
belut, ia dikatakan boleh
menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit,
mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan.
No comments:
Post a Comment