Thursday, 8 October 2026

Ibumu pergi tidak kembali

 
Ibumu pergi tidak kembali. Bertabahlah .... ibumu baru sahaja pergi (16 September 2026) dan tidak akan kembali. Ini anak sulung yang baru berumur 8 tahun. Adik bongsu berumur 10 bulan.

Dia masih boleh tersenyum ketika sanak saudara dan sahabat ibunya datang melawat jenazah ibunya. Dia masih belum mengerti tentang kematian yang memisahkan dia dengan ibunya buat selama-lamanya.

Ibu meninggal kerana mengalami komplikasi kanser hati. Setelah dikesan penyakit, ia merebak dengan cepat dan tidak dapat diselamatkan.

Banyak sahabat yang menemuinya bebeapa bulan sebelum kematiannya, terkejut apabila diketahui berita kematiannya. Seakan-akan tidak percaya, biarpun reda menerimanya.

Ahli keluarga dan sahabat mengingati detik-detik kenangan lalu, terutama beberapa bulan sebelum itu yang kelihatan dirinya masih sihat dan ceria seperti biasa tanpa diduga sebenarnya sedang bertarung dengan maut semakin mendekat.

Beliau bekas staf JASA Kelantan, sebelum agensi tersebut dikuburkan oleh kerajaan PH 1.0 pada tahun 2018. Meninggal pada pada usia 43 tahun. Dikira umur masih muda, tetapi kematian tidak mengenal usia.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. amin.