Ada
sejenis haiwan dipanggil bakbong. Budak-budak sangat takut kepada bokbong walaupun
tidak pernah melihatnya.
Nama
bokbong sebenarnya dialek Kelantan. Nama di Kedah dipanggil bambun dan di Pulau
Pinang pula dipanggil jebon.
Jadi, gelaran jebon yang digunakan oleh P Ramlee yang berasal dari Pulau Pinang dalam filem Do Re Mi memang tepat untuk menggambarkan sifat bokbong yang digambarkan oleh orang Kelantan.
Jadi, gelaran jebon yang digunakan oleh P Ramlee yang berasal dari Pulau Pinang dalam filem Do Re Mi memang tepat untuk menggambarkan sifat bokbong yang digambarkan oleh orang Kelantan.
Nama
bokbong dalam Kamus Dewan dipanggil cerpelai atau mongoose dalam bahasa
Inggeris. Ia sejenis haiwan daripada jenis musang, Herpestes spp.
Haiwan
ini digambarkan haiwan sangat lincah dan licik. Kepantasan gerak tangan (kaki
hadapan) membuatkan ia mampu menewaskan ular tedung.
Namun,
ada satu cafe atau restoran yang dinamakan dengan nama bokbong.
Bokbong
Cafe di Rantau Panjang pastinya tidak menakutkan kanak-kanak dan tentunya orang
dewasa turut menyukainya.
Bokbong
Cafe menyediakan pelbagai menu pilihan ramai.
No comments:
Post a Comment