Saturday, 13 June 2020

CARA MEMASAK SUP BELULANG KULIT LEMBU

Sup kulit lembu. Rupanya kulit lembu atau belulang juga boleh dijadikan sup. Kita sudah biasa dengan sup perut, sup tulang dan sup ekor. 

Belulang lembu memang jarang dijadikan makanan di Malaysia. Namun, ia telah popular di Indonesia. Di negara berkenaan, belulang lembu diproses untuk digulai, dibuat sup dan buat keropok.

Cara memproses kulit lembu memang rumit, tetapi demi untuk mendapatkan kulit lembu yang membolehkan ia dibuat sup, ramai yang sanggup melakukannya.


Perkara pertama dilakukan adalah membuang bulu yang terdapat di belulang lembu. Ada dua keadah dilakukan.

Pertama ialah membakar bulu (sekadar layur atau lalukan api) pada bahagian bulu. Kemudian dikikis menggunakan pisau atau alat pengikis. Dilakukan berulang kali sehingga habis bulu dibuangkan.

Cara kedua ialah rebus kulit belulang itu dan kemudian kikis bulunya.

Sama ada bakar akau rebus, kulit itu perlu direbus sehingga empuk atau lembut.

Setelah empuk atau lembut, baharu kulit lembu itu boleh dimasak untuk membuat sup atau resipi lain mengikut cita rasa masing-masing.

Sup kulit lembu memang mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang unik dan berbeza daripada bahagian lembu yang lain. Namun diakui bukan mudah untuk mendapat stok belulang lembu yang telah siap diproses.

Sebab itu, jika ada kulit lembu yang telah siap diproses dan direbus, pasti ramai yang berebut membelinya. 

Gambar - Belulang lembu yang telah lembut dan dipotong kecil sedia dimasak mengikut resipi masing-masing

No comments:

Post a Comment