Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) merupakan badan pentadbir negara Malaysia pada
zaman darurat berikutan Peristiwa 13 Mei 1969. Akibat peristiwa tersebut, sistem
kerajaan berparlimen di Malaysia digantung.
Perisytiharan
Darurat telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordinan
No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969-P.U.(A) 149.
MAGERAN
diberi kuasa menjalankan urusan-urusan bermula daripada 16 Mei 1969 hingga 23
Februari 1971.
Tunku
Abdul Rahman yang menduduki jawatan Perdana Menteri tidak terlibat secara
langsung dalam MAGERAN. Timbalannya, Abdul Razak Hussein, dilantik sebagai
Ketua Pengarah MAGERAN bersama empat menteri utama ketika itu.
Mereka
yang dilantik sebagai ahli Mageran adalah seperti berikut:
-
Menteri Dalam Negeri – Dr Ismail Abdul Rahman
-
Menteri Kewangan – Tan Siew Sin
-
Menteri Kerja Raya, Pos & Telekom – VT Sambanthan
-
Menteri Penerangan & Penyiaran – Hamzah Abu Samah
-
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Ketua Setiausaha
Negara) – Abdul Kadir Shamsuddin
-
Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia – Osman Jiwa
-
Ketua Polis Negara – Mohamed Salleh Ismael
-
Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri – Muhammad Ghazali Shafie
Jabatan
Perpaduan Negara di bawah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu
pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu.
Semasa
pentadbirannya, MAGERAN telah memperkenalkan prinsip Rukun Negara yang
menjadi ideologi kebangsaan Malaysia sehingga hari ini.
MAGERAN
dibubarkan pada 23 Febuari 1971 dengan pemulihan Parlimen.
No comments:
Post a Comment