.jpg)
Guarana sejenis tumbuhan di negara Amerika Selatan. Manfaatnya telah diamalkan berkurun lamanya oleh penduduk asli di Amazon. Biji buah guarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Guarana kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine.
Ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan yang dapat bertindak pantas. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur.
Untuk ibu-ibu yang mengandung, guarana dapat mengurangkan mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah, berfaedah untuk memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin.
Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin dan mengecutkan semula rahim.
Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dan mengurangkan tidak selesa semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, penahanan air dalam badan, bengkak dan lain-lain lagi.
Guarana mampu menambahkan kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin. Sebab itu ekstrak biji guarana sering dijadikan bahan penyediaan produk berkaitan kesuburan lelaki dan wanita, selain untuk tenaga dan kesihatan secara menyeluruh.
Pakar kesihatan, farmasi dan pemakanan seluruh dunia telah membuat kajian terhadap biji guarana. Sarjana Perancis Gonseiu Duhhjafa menyebut
dalam sebuah laporan berjudul The Products of Guarana: "Guarana adalah
100% organik. Ia mengandungi sebilangan besar bahan organik seperti guaranin
dan tannin (melindungi dari kerosakan DNA) yang baik kepada badan
manusia".
Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid
amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat-zatnya
mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel
badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu
kita hidup hingga berusia lanjut. Kerana khasiatnya yang sangat tinggi, mereka
yang mengamalkan memakan guarana akan menjadi sihat, bertenaga, awet muda, dan
hidup hingga lanjut usia.
Kebaikan
guarana:
- Menghalang
saluran darah jantung daripada tersumbat.
-
Menguatkan badan.
-
Kurangkan bengkak dan henti pendarahan luaran.
-
Penjagaan kulit dan kosmetik.
-
Menguatkan keupayaan seks.
-
Melawaskan kencing.
-
Awet muda.
-
Menguatkan sIstem imun.
-
Merendahkan kolesterol dan asid lemak.
-
Melindungi hati.
- Memperbaiki
sistem penghadaman.
- Mengaktifkan
sel-sel dan sistem saraf.
- Memerangi
radikal bebas.
-
Sumber tenaga utama.
-
Fungsi menyembuh yang unik.
-
Mencegah bengkak, bisul.
-
Memperbaiki aliran darah.
-
Melegakan anemia.
-
Menghindarkan kesejukan kaki dan tangan.
-
Mengawal keguguran rambut.
-
Membaiki tekanan darah.
-
Mengimbangkan kandungan gula dalam darah.
-
Mengawal kencing manis.
-
Menghindarkan rasa kepenatan.
-
Menambahkan kesuburan.
-
Mengurangkan mabuk hamil.
-
Menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah.
-
Membantu janin mendapat jumlah oksigen mencukupi.
-
Mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin.
-
Mempercepatkan pengecutan rahim.
-
Membantu mengawal pusingan haid.
-
Mengurangkan ketidakselesaan semasa haid.
-
Menghalangkan saluran darah tersumbat
-
Meningkatkan keupayaan otak.
-
Melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi.
-
Membantu proses penghadaman.
-
Meningkatkan kadar penyerapan zat makanan.
-
Menghentikan sembelit.
-
Mencegah keracunan makanan.
-
Menghilangkan kesan jerawat
Guarana bukan ubat. Ia pemakanan tambahan tradisional. Keberkesanan atau tindak balas berbeza-beza antara individu. Untuk kesan yang maksima, ia perlu diambil secara berterusan.
Guarana merupakan produk makanan semula jadi.
Pengambilan guarana untuk jangka masa yang panjang tidak akan menyebabkan kesan
sampingan dan juga tidak akan menyebabkan seseorang itu ketagih
No comments:
Post a Comment