Minyak
kelapa dara adalah minyak dihasilkan dari buah kelapa cukup matang melalui
proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi
minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa.
Minyak
kelapa dara diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia. Terdapat
sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak bermanfat untuk kesihatan dalam kelapa dara iaitu iaitu asid caproic,
caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic.
Minyak
kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan. Ia mempunyai sifat-sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan
antiparasit semula jadi yang membantu mengawal berbagai penyakit.
Minyak
kelapa dara adalah salah satu ‘functional food’ yang sangat penting. Dengan terdapatnya data serta maklumat klinikal dan saintifik berhubung
dengan khasiat kesihatan dan sifat-sifat antimicrobial yang ada pada lauric oil
secara amnya dan minyak kelapa secara khususnya, menjadikannya sangat menarik.
Kajian
sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi,
kanak-kanak, dewasa, warga tua lelaki atau wanita.
Sesuai
diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh
digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh
badan.
Minyak
kelapa dara adalah terdiri dari sekitar 60 % fatty acids. 50 % dari
kandungan fatty acids tersebut adalah merupakan lauric
acid dan sekitar 6-7 % adalah merupakan capric acid.
Lauric
acid dan capric acid, kedua-duanya adalah merupakan ‘medium chain
fatty acid’ yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna dalam tubuh
sama ada manusia atau pun haiwan.
Kedua-duanya
digunakan oleh tubuh badan untuk membuat fatty acid derivative yang
dipanggil monolaurin dan monocaprin. Banyak hasil kajian
dan penemuan yang telah membuktikan akan fungsi
kedua-duanya.
Monolaurin dan monocaprin adalah
bersifat antiviral, antibakterial, dan antiprotozoal, yang digunakan oleh
tubuh sama ada manusia atau pun haiwan untuk memusnahkan
lapisan lipid dan phospholipids pada ‘envelope’ virus yang
menyebabkan disintegrasi envelope berkenaan.
Satu
lagi yang tidak kurang pentingnya, minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan
sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam
mengatasi masalah thyroid.
Yang
menggembirakan, minyak kelapa dara tidak mengandungi trans fatty
acids yang didapati merbahaya pada tubuh yang selalu terdapat pada minyak
tumbuhan termasuk minyak zaitun, margerin, shortening dan lain-lain.
Sehingga
kini, melalui penyelidikan telah dibuktikan bahawa minyak kelapa dara terbukti
mampu mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman,
mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka yang mengidap diabetes dan
kelesuan yang teruk.
Selain itu, berkesan dengan baik sebagai pra cuci kondisioner rambut,
menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit, mengatasi psoriasis,
ruam, eczema serta menghalang kulit berkedut.
Dapatkan minyak kelapa dara
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/1VtcvouGxt?


No comments:
Post a Comment