Kalau ditimpa musibah, jangan gelabah dan salah orang sana-sini. Muhasah diri dan lihat dengan mata hati keimanan ke dalam diri sendiri. Ujian itu hadir dengan tujuan mendidik kita menuju kesempurnaan diri.
Hidup ini perlu ketenangan. Menikmati hari
hari yang indah. Tumpukan kepada tugas harian. Tidak perlu menyibuk perkara
tidak perlu. Orang kaya berbilion, kita sibuk nak bersewang, lalu membabuk
tidak tentu hala.
Kekayaan dan kebahagiaan orang lain kita
hanya lihat pada luaran sahaja. Hakikat sebenar hanya mereka yang tahu dan
alami.
Begitu juga dengan kehidupan kita. Hanya
kita yang tahu. Mungkin nampak serba kekurangan, tetapi bahagia dan rasa
mencukupi. Pun begitu tidak salah untuk kita beusaha mendapat lebih dengan
harapan akan lebih bahagia.
Allah kata kau usaha, kau dapat. Tapi Dia
juga kata, kau meminta, Aku memberi. Tetapi kalau tidak dapat tu jangan putus
asa dengan rahmat Allah apatah lagi buruk sangka. Yakinlah ketetapan Allah
adalah yang terbaik.
Jadi, kalau kita sudah berusaha
bermati-matian hendak dapatkan sesuatu, tapi apa yang kita nak tetap tak
tercapai, pada saat itu kita kena belajar terima hakikat yang apa kita hendak
sebenarnya tidak sesuai untuk kita.
Sebab itu semasa berdoa kena minta,
"Ya Allah, jika apa yang aku sedang usahakan ini baik untukku dan agamaku
maka permudahkanlah, jika ia buruk untukku dan agamaku, maka jauhkanlah, dan
gantikanlah dengan yang lebih baik".
Kalau hari-hari doa macam ini, pada saat
kita tidak mendapat apa yang kita hendak, kita akan rasa lebih tenang sebab
kita yakin itu pilihan Allah untuk kita.
Sebab tu apa yang kita usahakan, jangan
lupa dengan kata-kata 'semoga' atau 'mudah-mudahan'.
'Semoga' dan 'mudah-mudahan' bukan saja
buatkan kita berasa ada kebergantungan pada Allah, tapi menunjukkan kita faham
prinsip akidah Islam - tempat kita sandarkan pengharapan kita.
Apabila kita faham apa itu 'mudah-mudahan',
akan membuatkan kita menjadi lebih bijak memahami takdir Allah.
Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini
membawa kebaikan buat semua, mudah mudahan memperoleh keberkatan dari Yang Maha
Esa dan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka, malah berlipat kali
ganda.
No comments:
Post a Comment