Saturday, 8 October 2022

KELAB BASIKAL TUA KELANTAN

 
Minat terhadap basikal lama mendorong sekumpulan peminatnya menubuhkan Kelab Basikal Tua Kelantan untuk mengumpulkan semua warga Kelantan yang meminati hobi yang sama iaitu basikal klasik, antik atau tua.

Kelab yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia itu didaftarkan sekitar tahun 2010 sentiasa mengadakan aktiviti untuk sempena tarikh sambutan yang mana pada hari tersebut adalah cuti umum memudahkan untuk ahli berkumpul dan menyertai aktiviti.   

Sesuai dengan nama basikal tua, ketika menyertai aktiviti yang diadakan, pengayuh akan bersemuta kain lepas, memakain kain pelekat dan berbaju ‘pagoda’ yang menampilkan ciri-ciri yang biasa dipakai oleh orang kampung.

Penampilan sedemikian memberi peringatan kepada generasi muda mengenai tradisi dan pakaian tradisional yang kita miliki.

Biasanya, lokasi yang dituju ada kaitan dengan sejarah dan pelancongan. Ia secara tidak langsung memperkenalkan lokasi tersebut kepada pengayuh dan menyebar luas mengenainya melalui media sosial.

Kebanyakan basikal yang digunakan adalah jenis yang dikenali ‘basikal unta’ yang bentuknya lebih tinggi dan ‘besar’. Basikal unta menjadi kemegahan pemiliknya pada masa dahulu.




No comments:

Post a Comment