Dabong ialah sebuah pekan terletak dalam jajahan Kuala
Krai, Kelantan. Dabong juga nama bagi daerah dengan keluasan 84,007.06
hektar. Daerah Dabong terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Kuala Pergau,
Mukim Kuala Geris, Mukim Stong dan Mukim Kandek.
Untuk ke Kuala Krai melalui Sungai Sam, jaraknya 81
kilometer dan hanya 53 kilometer untuk ke Jeli. Jarak 69 kilomeret perlu
ditempuh untuk ke Gua Musang melalui Jerek.
Menariknya, Stesen Dabong dianggap titik "0" untuk pekan Dabong. Ia menjadi lokasi untuk pelancong mengenali Dabong.
Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukau di utara, selatan,
barat dan timur. Dabong didominasi oleh kawasan hutan dan pergunungan yang kaya
dengan sumber semula jadi yang terkenal terutamanya Air Terjun Gunung Stong
(1422 meter) yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Terenggara.
Sungai yang mengalir di Dabong ialah Sungai Galas.
Dabong dikenali sebagai "pintu masuk ke alam semula
jadi" bagi pelancongan yang berteraskan alam semula jadi. Antara
lokasi-lokasi menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan
ketika berada di Dabong adalah seperti Gua Keris, Gua Ikan, .Air Terjung Stong,
Lata kertas, Sungai Kenerong dan Mercu Tanda Stong.
No comments:
Post a Comment