Sunday, 13 September 2026

IKAN GEMANG DAN IKAN SEMBILANG

 
Ikan gemang dan ikan sembilang. Banyak orang keliru antara ikan gemang dengan ikan sembilang. Nampak macam lebih kurang, sebab kedua-duanya ikan bermisai dan termasuk dalam kumpulan ikan sembilang (genus Plotosus).

Ada pendapat mengatakan kalau ukuran kecil dinamakan ikan sembilang. Manakala ikan sembilang bersaiz besar pula dipanggil ikan gemang. Tidak dinyatakan pula berapa berat atau ukuran tertentu untuk mengubah status ikan sembilang menjadi ikan gemang. Ia begitu subjektif.

Dengan kata lain, ikan gemang mungkin dipanggil ikan sembilang dan begitulah sebaliknya di tempat-tempat tertentu atau oleh individu berlainan.

Sebenarnya, nama panggilan di tempat tertentu tidak menjadi penentu nama sebenar ikan berkenaan.

Ini kerana hakikat sebenar kedua-duanya berbeza bukan hanya pada ukuran semata-mata. Ikan gemang biasanya mempunyai kepala yang lebih besar, lebar dan agak leper, dengan mulut yang nampak lebih besar. Bentuk kepala dia juga nampak lebih bulat dan tegap.

Manakala ikan sembilang pula kebiasaannya mempunyai kepala yang lebih kecil dan bentuk badan yang lebih memanjang, dengan warna badan cenderung lebih gelap.

Kalau berdasarkan kepada pendapat di atas, gambar menunjukkan ikan di bahagian atas adalah ikan sembilan dan yang berada di bawah pula ikan gemang. 

Jadi, kalau hendak kenal, jangan tengok nama saja. Kena tengok juga bentuk kepala, mulut, badan dan ciri fizikal ikan tersebut. Namun dari sudut taksonomi, ia merujuk kepada genus yang sama iaitu Plotosus. Kedua-dua spesies ini hidup di laut atau kawasan air payau yang mempunyai pengruh air masim.

Pun begitu, perkara ini tidak perlu diperdebatkan. Sama ada nama ikan sembilang mahupun ikan gemang, rasanya sedap dan banyak peminatnya. Ada yang sanggup menahan lapar dan mencari restoran menyajikan ikan sembilang semata-mata ingin menikmati keenakan dan keunikan rasanya. 


Kredit pemilik gambar. 

No comments:

Post a Comment