Maksud
mampu dalam menunaikan haji ialah mempunyai kenderaan yang membawa pergi dan
balik atau cukup tambangnya. Cukup perbelanjaan ketika di Tanah Suci dan
apabila balik kelak. Cukup perbelanjaan tanggungan di rumah sepanjang berada di
Mekah dan selamat pergi dan pulang.
Selain
itu, soal keselamatan juga termasuk dalam erti mampu. Keselamatan ini meliputi
semasa perjalanan, ketika di Makkah dan sanak saudara yang ditinggalkan. Mampu
juga termasuk dalam soal kesihatan. Mereka yang uzur dan mengalami penyakit
berbahaya yang dikhuatiri memdatangkan bahaya tidak wajib melaksanakan haji.
Mampu
juga termasuk dalam soal undang-undang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan
Malaysia. Ini termasuk berkaitan kouta dan syarat ditemani muhrim bagi jamaah
wanita.
Pun
begitu, sesiapa yang tidak mampu itu, tetapi merasakan tetap berusaha ingin
pergi melaksanakan haji, maka tidak ada halangan baginya, selagi mana ia tidak
melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama dan mendatangkan mudarat.
Berhutang
dan bergadai harta benda untuk menunaikan ibadat haji ialah perbuatan yang
tidak menepati kehendak Allah SWT. Perbandingan antara haji dan umrah. Haji dan
umrah ialah ibadat yang memerlukan wang, tenaga, dan pengorbanan yang besar.
Oleh
sebab itu, Islam hanya mewajibkan sekali sahaja seumur hidup. Kewajipan itu
juga bersyarat, iaitu mampu, merdeka, Islam, berakal dan baligh.
Firman
Allah SWT lagi dalam surah al-Baqarah, ayat 196, iaitu yang bermaksud:
Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah…
Justeru,
kita sebagai umat Islam hendaklah berazam dan merancang untuk menunaikan ibadat
haji. Beruntung sesiapa dapat melaksanakan ibadat haj.
Sabda
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Barang siapa melaksanakan haji di rumah
ini (Baitullah Al-Haram), tidak rafats (tidak mengeluarkan kata-kata yang
menimbulkan berahi atau tidak senonoh) dan tidak berbuat fasik, maka dia
kembali seperti pada hari dilahirkan ibunya." (Hadis riwayat Bukhari).
Namun,
bagi mereka yang pernah malaksanakan, tidak perlulah mengulang-ulangnya
beberapa kali. Ini bertujuan untuk
member peluang kepada orang lain pula. Seperti kita ketahui, peraturan kouta
menyebabkan tidak banyak dapat melaksankan ibadat haji. Bakal haji kena
menunggu berpuluh tahun untuk namanya tersenarai sebagai jamaah.
Sebenarnya,
Nabi Muhammad sendiri hanya melaksanakan ibadat haji sekali dalam hidupnya. Ibadat
haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad sebagai membaharui
dan menyambung ajaran Nabi Ibrahim. Ia menjadi Rukun Islam.
Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah. Perintah wajib itu setelah turunnya ayat 97, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”
Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah. Perintah wajib itu setelah turunnya ayat 97, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”
No comments:
Post a Comment