Wednesday, 30 October 2019

MERCU TANDA TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI


Mercu tanda Taman Negara Tanjung Piai. Bersebelahan pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai dibina sebuah mercu tanda bagi menggambarkan bahawa Tanjung Piai ialah “Tanah Paling Selatan Benua Asia”. 

Mercu tanda yang berukuran 20 meter tinggi dan 10 meter lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor pada tahun 2001.

Bahan binaan mercu tanda ini ialah gentian konkrit mesra alam berwarna kelabu. Warna kelabu dipilih bagi menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpur yang terdapat di penghujung Benua Asia ini.

Pada permukaan mercu tanda diukir dua pelepah pokok piai raya (acrostichum aureum) bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai.

Pokok  piai raya didapati tumbuh dengan banyaknya bersama-sama pokok bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut.

Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar “Tanah Paling Selatan Benua Asia”  supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

No comments:

Post a Comment