Friday, 22 November 2019

BANTUAN PENYAKIT KRONIK KELANTAN

Skim Bantuan Kesihatan (Penyaik Kronik) ialah suatu bantuan kecil kepada golongan berpendapatan rendah yang memerlukan kepada rawatan perubatan hospital.

Definasi Penyakit Kronik
1. Penyakit yang merujuk kepada penyakit teruk yang berlarutan dan memerlukan rawatan ulangan.
2. Penyakit yang sukar sembuh disebabkan kesan penyakit atau kompilasi pembedahan.

Syarat-syarat Permohonan
1. Rakyat Negeri Kelantan.
2. Pendapatan isi rumah bawah RM1,200.
3. Permohonan mesti dikemukakan bersama :
i) Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran (kanak-kanak).
ii) Surat pengesahan terkini doktor bertauliah.
iii) Lain-lain dokumen berkaitan.
4. Bagi pemohon yang terlantar atau kanak-kanak, hendaklah disertakan salinan kad pengenalan pihak penjaga.
5. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.

Borang hanya boleh didapati di Pejabat-pejabat DUN.

No comments:

Post a Comment