Nama
kadai makan Roti Canai Kayu Arang agak popular di kalangan penduduk Kampung Batu
Tinggi, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.
Kedudukan strategik di laluan utama Kok Lanas - Mahligai
berhampiran dengan Kolej Matrikulasi Kelantan menjadikan kedai Roti Canai Kayu Arang
mudah dikunjungi. Kedudukannya bersetentang dengan Wan Nasi Kerabu Budu Nusuk yang juga cukup terkenal.
Menariknya
roti canai di kedai ini ialah ia dimasak atau digoreng menggunakan dapur kayu arang.
Penggunaan kayu arang menghasilkan aroma bau yang menyegarkan.
Selain,
roti canai kedai Roti Canai Kayu Arang turut menjual menu makanan seperti kebanyakan
kedai lain. Tetapi yang pasti terkenal dan membuatkan orang ramai tertumpu di kedai
tersebut ialah roti canai.
No comments:
Post a Comment