Tanah
Perkuburan Islam Mat Kechun menjadi destinasi terakhir penduduk Mukim Ayer Lanas
/ Legeh dan penduduk sekitar.
Tanah
perkuburan seluas kira-kira dua ekar itu adalah tanah wakaf yang diuruskan oleh
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Tanah
Perkuburan Islam Mat Kechun terletak di tepi Jalan Ayer Lanas - Legeh itu diuruskan
dengan baik oleh penduduk setempat.
Biarpun
terletak di kawasan pedalaman, pengurusan Tanah Perkuburan Islam Mat Kechun begitu
tersusun dari segi susun atur kedudukan, kebersihan dan kawalan dari dicerobohi
binatang ternakan.
Aktiviti
gotong royong membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Mat Kechun sering dilakukan
penduduk setempat dan NGO.
No comments:
Post a Comment