Thursday 9 January 2020

MASJID AS SOMADI MUKIM GETING TUMPAT

Masjid As-Somadi, mukim Geting, jajahan Tumpat antara masjid yang menjadi perhatian ramai di Tumpat. Bukan sahaja kerana seni bina yang menarik perhatian, tetapi jawatankuasa Masjid As-Somadi sentiasa aktif menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan.

Masjid As-Somadi yang terletak di Jalan Besar, Kampung Geting itu bukan sahaja menjadi lokasi untuk bersembahyang jemaah dan kelas agama, tetapi menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk pelbagai aktiviti lain seperti ceramah pencegahan dadah, pemeriksaan kesihatan, taklimat keselamatan, aktiviti pelajar dan sebagainya.

Malah jawatankuasa Masjid As- Somadi Geting telah memasukkan aktiviti kebajikan dalam kalender aktiviti masjid.

Program agihan keperluan untuk keluarga miskin, saudara baru menjadi sasaran pihak jawatankuasa.

Aktiviti itu selain bertujuan membantu golongan berkenaan juga diharapkan akan mendekatkan mereka dengan masjid.

Aktiviti kebajikan itu sesuai dengan misi jawatankuasa ingin memperluaskan fungsi masjid dan dakwah.

No comments:

Post a Comment