Monday, 6 January 2020

ASAL USUL SEJARAH DINAMAKAN SELIPAR JEPUN

Adakah selipar jepun berasal dari Jepun? Sebenarnya, asal-usul penggunaan perkataan ‘selipar jepun’ sehingga kini tidak dapat dipastikan. 

Selipar jepun yang ada di pasaran Malaysia bukan dibuat di Jepun. Bahkan di Jepun, perkataan japanese slipper (selipar jepun) sebenarnya adalah ‘mix drink’ atau pun arak yang dicampur dengan manisan.

Selipar jepun dikenali jenis sandal terbuka. Asalnya diperbuat daripada kain tenunan. 

Sebelum Perang Dunia Kedua, ia telah banyak digunakan oleh penduduk di New Zealand. Pun begitu, ia dipercayai bukan berasal dari New Zealand. 

Selepas Peperangan Dunia Kedua, fesyen selipar ini telah dipopularkan oleh tentera Amerika yang pulang dari kawasan Pasifik. Setelah sedekad, perbuatannya mula berubah daripada kain tenunan kepada plastik. 

Pada tahun 1950-an, satu reka corak baru telah direka dan dipaternkan oleh Morris York pada 1957 di Auckland New Zealand. Namun, tuntutan ini dpertikaikan oleh anak-anak John Cowie. 

John Cowie adalah seorang pengusaha berbangsa Inggeris yang memulakan perniagaan plastik di Hong Kong selepas perang. 

Anak Cowie mendakwa bahawa bapa mereka mula menghasilkan selipar versi plastik pada akhir 1940-an di mana Yock dari New Zealand hanya sebagai pengimport selipar tersebut.

Menurut anak-anak Cowie juga, ayah mereka menggunakan nama 'jandal' iaitu nama singkatan dari 'japanese sandal' atau 'selipar jepun'. John Cowie dan keluarganya dikatakan telah berpindah ke New Zealand pada tahun 1950-an.

Kata 'jandal' telah digunakan di New Zealand sebagai merujuk kepada jenis sandal jepun tersebut. Jenama "Jandal" telah diguna pakai secara komersial oleh Syarikat Skellerup.

Jandal yang pertama dikeluarkan oleh syarikat Skellerup adalah pada saingan Dunlop dalam tahun 1960. Di luar negara New Zealand, jandal dikenali dengan pelbagai nama.

Di Australia ia dikenali sebagai "thongs" di mana ia menjadi porpular setelah diguna oleh pasukan renang Olimpik Australia pada temasya Sukan Olimpik Melbourne pada 1956.

Di England dan Amerika Syarikat ia lebih dikenali dengan nama "flip-flops". Manakala di Malaysia pula masyarakat kita menggelarnya "selipar jepun".


No comments:

Post a Comment