Thursday 10 December 2020

KHASIAT POKOK PAITAN MUJARAB RAWAT KENCING MANIS

Pokok paitan yang juga dikenali dengan nama pokok daun insulin merupakan spesis tumbuhan berbunga dalam keluarga bunga matahari. Ia juga dikenali dengan nama tree marigold, mexican sunflower, japanese sunflower, nitobe chrysanthemum.

Pokok paitan dikatakan berasal dari Mexico dan Amerika Tengah, tetapi telah beradaptasi dengan jayanya sehingga boleh tumbuh sebagai tumbuhan liar di sesetengah kawasan tropikal.

Tumbuhan ini tumbuh dan membiak dengan cepatnya. Ia sesuai digunakan sebagai tumbuhan untuk meningkatkan kesuburan tanah di kawasan tanah yang tidak mempunyai nutrien.

Pokok ini ditebas dan dijadikan kompos menggantikan baja yang mahal. Ia merupakan baja hijau yang terbukti berkesan meningkatkan hasil pertanian. Penggunaan baja kompos pokok paitan dikatakan lebih subur dari baja najis lembu.

Di Jepun pokok ini pernah diimport untuk dijadikan tumbuhan hiasan yang  diperkenalkan oleh seorang yang bernama Nitobe Inazo. Sebab itu di Jepun pokok paitan dikenali sebagai Inobe chrysanthemum.

Di Taiwan pula, pokok paitan dijual sebagai ubat herba. Manakala di Wilayah Mae Hong Song Thailand, bunga ini dijadikan bunga rasmi. Ia juga merupakan simbol tidak rasmi untuk sebuah bandar bernama Da Lat di Vietnam.

Jelas sekali pokok ini telah tersebar luas di banyak tempat selain kawasan asalnya di Amerika Tengah. 

Di Malaysia pokok paitan lebih dikenali dengan nama pokok insulin kerana keberkesanannya mengawal penyakit diabetis. Ia juga dikatakan mujarab untuk menurunkan kadar kolestrol.

Daun paitan mempunyai rasa yang sangat pahit. Jadi ia digunakan untuk mengubati demam dan mengurangkan kesan keracunan makanan.

Kesan pahitnya amat tinggi sehingga banyak orang tidak sanggup untuk minum air rebusan daun paitan. Kalau hendak sihat atau sembuh kena mencubanya. Ubat memang sifatnya pahit. 

No comments:

Post a Comment