Bangsa
Malaysia kaya dengan tradisi kesukarelawan. Antara lain, ia dicerminkan konsep
gotong-royong. Gotong-royong dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat
penyayang dan prihatin, misalnya dalam membantu kerja kenduri-kendara, turun ke
sawah untuk menyemai dan menuai, menguruskan sakit pening dan kematian,
memindahkan rumah dan sebagainya.
Sukarela
bermakna melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah
dengan niat ikhlas atau setulus kudus dan tidak mengharapkan apa-apa pulangan
kepada diri sendiri.
Konsep
gotong-royong dan bantu membantu ini diperkukuhkan oleh sebahagian daripada
inti pati budaya masyarakat, seperti yang dicerminkan oleh peribahasa ‘yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’ dan ‘hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah’.
Konsep
gotong-royong membabitkan setiap anggota dalam sesebuah masyarakat, iaitu
dengan memberikan peranan kepada semua orang dan masing-masing dengan
gunanya.
Begitu
sekali tradisi ini membudaya dalam masyarakat negara ini, sehingga mereka yang
tidak bercampur dalam masyarakat diibaratkan ‘seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing’.
Kerja
sukarela akhirnya menyerlah dalam pelbagai bentuk, daripada kerja sukarela
secara bersendirian kepada berkumpulan, daripada organisasi tidak formal kepada
organisasi formal dan pada peringkat kampung hingga ke peringkat kebangsaan.
Bagaimanapun,
sejak beberapa dekad lalu, ada banyak pandangan yang melihat bahawa konsep
sukarela semakin hari semakin merosot.
Maka
itu, kempen kesukarelawan perlu dipupuk kembali, terutama di kalangan ramaja
atau generasi muda. Mereka perlu dilatih dan membina jatidiri bersedia
menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan upah.
Pertubuhan
bukan kerajaan atau yang berbentuk kesukarelawan perlu diperbanyakkan dan pada
masa yang sama aktiviti juga perlu disusun agar dapat menarik penyertaan
khalayak yang maksimum.
No comments:
Post a Comment