Friday, 9 April 2021

KUATKUASA AKTA PENGIMPORTAN PLASTIK KITAR SEMULA

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa memantau dan menguatkuasa akta terhadap pengimportan plastik untuk dikitar semula. Buktinya, sebanyak 143 kontena telah dihantar balik ke negara pengeksport sepanjang tahun 2020 hingga Mac 2021. JAS juga telah bertindak ke atas 134 kilang haram (38 sisa plastik) pada tempoh yang sama.

Dasar industri plastik kitar semula dibenarkan oleh kerajaan. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertanggungjawab terhadap hala tuju dan dasar industri plastik kitar semula.

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula mengawal selia pengeluaran AP hanya untuk plastik bersih dan homogeneous. JAS berperanan sebagai pihak berwibawa untuk memastikan pematuhan kepada Konvensyen Basel.

Justeru, dakwaan mengatakan KASA mengimport sisa plastik atau sampah adalah tidak benar. Cubaan mana-mana ejen atau syarikat yang berkompromi mengimport sisa sepertimana termaktub dalam Seksyen 43 AKAS 1974 akan berdepan tindakan tegas jika gagal mematuhi undang-undang dan prosedur yang ditetapkan

 

No comments:

Post a Comment