Sunday, 25 April 2021

FAHAMAN SYIAH KAFIRKAN SAHABAT RASULULLAH

Keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai ajaran Syiah pada 1996 menetapkan umat Islam di negara ini hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.

Justeru, sebagai umat Islam di negara ini yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita seharusnya memahaminya bertujuan memastikan kesucian akidah dan syariah Islam dipertahankan, dibela serta dipelihara. 

Hanya Islam agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT, iaitu agama yang menjamin umat Islam kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali selepas sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya. (Surah Ali-Imran, ayat 19) 

Namun, akhir-akhir ini ajaran Syiah yang dibawa masuk ke Nusantara semakin berkembang di negara kita. Ajaran Syiah yang bertapak di Malaysia adalah ajaran Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah (Jafariyyah). 

Banyak penyelewengan telah dilakukan golongan ini yang menyentuh sama ada dari sudut akidah, syariah dan kepentingan umum.

Antara pegangan akidah Syiah ialah mendakwa imamah sebagai rukun Islam pertama dan termasuk dalam perkara usuluddin. Kedua, menafikan kekhalifahan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman. 

Mengkafir dan memfasikkan sahabat, mendakwa al-Quran telah diubah, berdoa supaya dihapuskan penentang Syiah termasuk pihak berkuasa, mengharuskan perbuatan meliwat, menyambut hari Karbala pada setiap 10 Muharam. 

Mempertahan amalan nikah mutaah, mempertikai kesahihan dan keutuhan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, mendakwa Syiah adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dan mencabar pihak berkuasa. 

No comments:

Post a Comment