Thursday, 13 May 2021

PKP 3.0 kehidupan rakyat semakin tertekan

Kehidupan rakyat semakin tertekan akibat perlaksanaan PKP 3.0. Sumber pendapatan terjejas teruk. Ada yang terpaksa melalui kehidupan dengan keadaan yang teramat sukar.

Apabila aktiviti berkaitan pekerjaan tidak dibenarkan, maka sumber pendapatan terjejas. Kitaran ekonomi menjadi perlahan. Tidak banyak wang bertukar tangan.

Sudah tentu peniaga seperti Makcik Kiah terjejas dan sedang berpeluh menghadapi dengan PKP 3.0 hanya dua bulan selepas PKP 2.0 berakhir.

Cuba tanya pengusaha bas ekspress yang tidak dapat beroperasi dengan kadar penuh. Elaun perjalanan pemandu terjejas teruk.

Tanya pemilik gerai tepi jalan serta restoran yang penjualannya terjejas akibat no dine-in masa PKP.

Tanya pada sesiapa yang terlibat dalam sektor pelancongan dan hiburan yang langsung tidak dibenar beroperasi berbulan-bulan lamanya.

PKP 1.0: Rakyat masih ada sedikit simpanan. Bantuan kerajaan banyak.

PKP 2.0: Tabung simpanan Rakyat dah lama pecah. Bantuan kerajaan sikit tapi masih ada duit i-Lestari dan i-Sinar.

PKP 3.0: Tabung simpanan pecah. Duit i-Lestari dan i-Sinar habis diguna tapi masih tak ada bantuan khusus diumum.

Pihak yang masih bertahan, bahkan semakin meningkat meraih keuntungan ialah sektor perkilangan. Kerajaan banyak membantu sektor ini dari segi kebenaran beroperasi dan sebagainya. Syarikat masih beroperasi biarpun banyak pekerja dijangkiti Covid-19.

Sedangkan peniaga tepi jalan terus diarahkan tutup ada pula ada kes berlaku di kawasan berkenaan.

Lapan bulan dengan kes Covid tinggi setiap hari bukan tempoh yang singkat padahal banyak lagi negara lain sudah berjaya kawalkan Covid dalam tempoh masa yang pendek.

Bantulah mereka yang terjejas. Makcik Kiah tengah tunggu perutusan khas.

No comments:

Post a Comment