Jika
ingin menjadi pokok tinggi, bersedialah ditiup oleh angin. Goyang sana sini. Kalau
angin terlalu kuat, mungkin ada dahan atau ranting yang patah. Paling teruk
sehingga umbi dan akarnya tercabut. Kalau tidak kena gaya, ada pula menghempap rumah
dan kenderaan sehingga mendatangkan banyak kerugian. Paling malang menyebabkan
kematian!!!
Itulah
cabaran sebagai pokok tinggi. Dipandang tinggi, tetapi penuh cabaran.
Tetapi banyak kebaikan,
pokok yang tinggi dijadikan tempat bernaung. Dapat menjadi penghalang kepada tiupan
angin yang kuat biarpun diri sendiri terpaksa tegar menahannya.
Pokok
yang tinggi dan mempunyai banyak daun menyediakan sumber oksigen untuk hidupan
lain. Akarnya kuat mengelak berlaku hakisan tanah. Kalau jenis yang berbuah, akan
memberi sumber makanan kepada manusia dan binatang.
Kalau
tidak mahu ditiup oleh angin, silakan jadi rumput. Rumput tidak ditiup angin, tetapi
hidup dipijak orang. Akarnya tidak kuat, mudah sangat tercabut.
Apabila
tinggi sedikit, ada sahaja yang akan memotongnya. Ataupun menjadi mangsa
diragut binatang ternakan. Paling malang akang diracun sehingga meresap ke
akar, kemudian mati tidak meninggalkan baka.
Maka, buatlah
pilihan, hendak menjadi pokok tinggi atau rumput ...
Gambar: Wakil Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan menyampaikan beg kepada pelajar di Pulau Haji Nik Mat
No comments:
Post a Comment