Minuman
sejuk melegakan kehausan. Apa lagi dalam keadaan cuaca panas. Sebab itu minuman
sejuk menjadi pilihan sesiapa saja. Itu hakikat tidak dinafikan berkaitan
minuman sejuk.
Minuman sejuk juga melegakan keradangan tekak. Tidak hairan jika kita mengalami
jangkitan tekak, doktor syorkan minuman sejuk atau aiskrim.
Malah
mereka mengalami penyakit tosil tidak dapat lepas daripada minuman sejuk
biarpun pada musim hujan atau pada waktu malam mahupun awal pagi.
Sama
juga jika mengalami bengkak atau keradangan sendi atau kecederaan, kita guna
ais untuk meredakannya. Semasa
berlangsung aktiviti sukan lasak atau memungkin kecederaan, pihak pengurus
pasukan akan menyediakan stok ais.
Begitupun, minuman sejuk tidak mengganggu ereksi atau melemahkan tenaga batin
lelaki.
Orang
lelaki yang tinggal di kawasan sujuk atau bersalji tidak mengalami masalah tenaga
batin atau kurang berkeinginan untuk melakukan hubungan seks pada musim
sejuk.
Sebenarnya,
tiada kaitan antara ais dan tenaga batin seseorang kerana ketegangan dan ereksi
lelaki berlaku apabila darah disalurkan kepada zakar. Jadi, tiada sebab mengapa
lelaki tidak boleh minum minuman sejuk.
No comments:
Post a Comment