Dalam
dialek Kelantan kerap diucapkan perkataan ‘kok’. Sebenarnya banyak maksud atau tujuan
digunakan perkataan kok itu.
Maksud
pertama perkataan kok adalah perkataan ringkas kepada ‘ikut’ atau ‘terpulang’.
Contoh
ayat ialah ‘kok alik sana’ yang bermaksud ‘ikut sebelah sana’. Kalau diucapkan ‘kok
munglah’, maksudnya adalah ‘terpulang kepada kamulah’.
Kata
‘kok’ juga digunakan untuk tujuan penegasan. Contohnya, ‘buleh kok’ diucapkan
untuk mengatakan bahawa ia ‘boleh’ biarpun pada masa sama timbul rasa
ragu-ragu.
Perkataan
‘kok’ juga bermaksud tempat atau kawasan dijangkakan. Contoh dialek Kelantan; kok
rembak tu bakali diyo letok kaeng mung. Maksud ayat tersebut ialah agak-agak di
situlah barangkali dia meletakkan kain kamu.
Kalau
gunakan sebagai perkataan gandaan ‘kok-kok’ ia membawa maksud ‘kemungkinan’
atau ‘harap-harap’.
No comments:
Post a Comment