Biar
sedikit, tetapi ada untuk asnaf. Jangan biarkan mereka lapar. Bantu sekadar
termampu.
Itulah
prinsip diperjuangkan Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) dalam membantu
asnaf.
Wakil
PCAK mengagihkan sumbangan kepada pekerja kedai makan yang terjejas sepanjang
Ramadan akibat tidak beroperasi. Jika, kedai tidak menjalankan perniagaan,
mereka tidak ada pendapatan.
Dengan
sedikit sumbangan PCAK, dapatlah memberi sedikit kelegaan. Harap ada juga pihak
lain yang membantu.
Anda
juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai
sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi
asnaf dapat dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment