Saturday, 18 June 2022

MENGAPA BUAT BONGGOL ATAS KUBUR

 
Bonggol atau tanah ditinggikan sehingga 30 sentimeter atau lebih di bahagian kubur selepas jenazah ditimbus sepenuhnya. 

Bonggol itu sebenarnya bukan bermakna hendak meninggikan bahagian kubur. Sebaliknya, ia dibuat bagi persediaan berlaku mendapan tanah apabila ia menjadi padat, terutama selepas hari hujan.

Bahagian bonggol itu akan menjadi rendah dengan sendirinya. Bahkan perlu ditimbus menggunakan tanah lain bahagian mendap itu.

Mendapan berlaku dengan ketara di kawasan tanah berpasir dan tanah gambut. Bagaimanapun ia tidak ketara di kawasan tanah padat atau tanah laterit di kawasan bukit.

Jadi, penduduk setempat tahu anggaran tinggi mana perlu dibuat bonggol itu berdasarkan kepada pengalaman sebelumnya.

No comments:

Post a Comment