Wednesday, 8 June 2022

KAK ZAH POKOK KELAT MEGGI TELUR SOTONG

Kak Zah Pokok Kelat terkenal menu meggi telur sotong yang sedap serta hidangan panas lain yang lazat. Mengapa dinamakan ‘Pokok Kelat’? 

Nama itu mengambil sempena di tepi kedai tersebut terdapat sepohon pokok kelat yang besar. Apabila kedai semakin maju kawasan kedai diperluaskan, termasuk di bahagian bawah pokok berkenaan.

Kedai Makan Kah Zah Pokok Kelat terletak di Kampung Cherang Laut, Senok, Tawang, Bachok, Kelantan. Kedudukannya tidak jauh dari Pantai Senok atau yang lebih dikenali Pantai Nami.

Menu utama di kedai ini ialah maggi telur sotong dan hidangan lain yang mendapat sambutan dari pengunjung. Berbaloi menjamu selera di sini dengan menu yang pasti puas rasa ditambah pula suasana kampung yang damai.



No comments:

Post a Comment