Tuesday, 19 July 2022

BUNGA PECAH PERIUK PUTIH

 
Pokok pecah periuk ada beberapa jenis yang ditentukan melalui warna bunganya. Pokok pecah periuk putih salah satu daripadanya.

Nama lain bagi pokok pecah periuk ialah jenjarum putih, jejarum, jejarum wangi, siantan putih, bunga santan putih, jarum-jarum putih, white ixora.

Pokok ini mempunyai bunga putih yang cantik dalam bentuk jambak dan baunya sedikit wangi. Daunnya besar jika dibandingkan dengan daun ixora jawa. Boleh dibiakkan melalui keratan batang.

Ketinggian pokok ini boleh mencecah lebih 5 meter jika tidak dipangkas atau dipotong. Tumbuh subur di tempat redup mahupun panas.

No comments:

Post a Comment