Pokok
ru pantai memang sesuai hidup dan membesar di kawasan tepi pantai. Pokok ru
sering dikaitkan dengan kecantikan pantai untuk dijadikan kawasan peranginan. Sebab
itu mana-mana pantai yang dirancang untuk dijadikan kawasan peranginan akan
ditanam dengan pokok ru.
Salah
satu kawasan pantai peranginan yang dihiasi dengan pokok ru adalah Pantai Geting.
Pokok ru di Pantai Geting ditanam secara khusus oleh Jabatan Perhutanan
Kelantan untuk mengindahkan kawasan pantai dan untuk mengatasi masalah hakisan
di kawasan berkenaan.
Pokok
ru yang telah membesar memperlihatkan pemandangan cantik. Ia menjadi tempat
berteduh pengunjung yang datang, terutama ketika waktu tengah hari yang panas terik.
Ada juga pengunjung mengikat buaian antara pokok untuk beristirahat sambil
menikmati suasana angin bertiup tenang.
Pantai Geting terletak di
Kampung Geting, Tumpat. Pantai Geting terletak kira-kira 27 kilometer dari Kota
Bharu. Manakala jarak dari bandar Tumpat hanya kira-kira 7 kilometer. Jarak
dari pekan Pengkalan Kubur atau Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur juga
kira-kira 7 kilometer.
Pantai Genting menjadi
lokasi peranginan terkenal di jajahan Tumpat, Ia juga, sering diadakan
acara-acara yang pastinya akan memukau hati pengunjung.
Antara acara yang
sering diadakan di Pantai Geting ini ialah pesta wau peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Pesta ini tidak pernah mengecewakan pengunjung dengan adanya
pelbagai jenis wau yang dipertontonkan.
Kawasan pantai yang luas
dan terbuka memudahkan acara pantai diadakan di Pantai Genting. Di Pantai
Genting terdapat deretan kios dan gerai yang menjual perlbagai jenis makanan
yang menjadi pilihan pengunjung.
No comments:
Post a Comment