Institusi sedekah perlu diuruskan dengan
baik agar tidak wujud penipuan dan slah guna wang. Seringkali wujud kes di mana
pihak yang tidak berkenaan memunggut sedekah yang didakwa untuk digunakan
kepada sesuatu tujuan. Malah yang wang yang dipungut itu digunakan untuk
tujuan lain.
Satu lagi yang kerapa berlaku ialah amalan
meminta sedekah yang dilihat satu budaya tidak elok. Golongan miskin menghulur
simpati dari golongan kaya.
Keadaan itu tidak patut berlaku jika pengurusan
atau bantuan untuk golongan miskin diselaraskan olah badan khas. Mana-mana yang
ingin menyumbang sedekah hendaklah diberikan menerusi institusi dan bukan kepada
orang perseorangan (yang dipanggil peminta sedekah).
Paling menyedihkan apabila wujud sendikit
yang menggunakan kanak-kanak dan orang tua untuk menjadi peminta sedekah.
Menariknya meminta sedekah dianggap satu profesion yang mendatangkan pendatang
lumayan.
Fenomina ini menyebabkan banyak orang memandang serong kepada
peminta sedekah, sedangkan tidak semua mereka menyalahgunakan 'status' peminta
sedekah.
Satu cabaran melaksanakan sedekah ialah
wujudnya sikap bakhil. Orang kaya yang bakhil menyangka kekayaan yang dimiliki
adalah hak mutlaknya. Maka dia berhak untuk menyimpan atau membelanjakan
sesuaka hati.
Sebenarnya, di dalam harta oang kaya itu
terkandung harta orang miskin yang terdiri sedekah dan zakat.
Biarpun sedekah
tidak wajib dan menjadi ihsan pilihan pemilik kekayaan itu, namun atas semangat
persaudaraan Islam, hukumnya bertukar wajib jika dengan sebab sedekah itu boleh
memberi kesan yang 'mutlak'. Contohnya, wajib bersedekah jika dengan bersedekah
itu akan menyelamatkan nyawa.
Manakala zakat adalah wajib dikeluarkan
kepada golongan yang layak menerimanya setelah cukup haul dan
nisabnya. Harta yang tidak dikeluarkan zakat berada dalam keadaan kotor
dan tidak subur. Bahagian yang wajib dikeluarkan zakat itu sebenarnya haram
digunakan oleh pemilik asalnya.
Syaitan sentiasa mendampingi orang bakhil
dengan membisikkan rasa kecintaan yang keterlaluan terhadap harta. Sebab itu si
bakhil merasakan orang di sekelilingnya sentiasa ingin merampas harta
miliknya.
Firman-Nya: “Syaitan menakut-nakutkan kamu,
kalau-kalau kamu akan menjadi miskin dan menyuruh kamu melakukan kejahatan.”
(Surah al-Baqarah, ayat 219).
Kekayaan hanya mendatangkan manfaat jika
dibelanjakan ketika hayat masih ada. Tidak ada orang membawa kekayaan sehingga
ke alam akhirat. Kekayaan itu perlu digunakan dengan cara bersedekah atau
digunakan ke jalan Allah sebagai bekalan di akhirat.
Allah menjadikan golongan kaya dan miskin
dengan hikmah-Nya. Firman Allah: “Dan Allah telah melebihkan sebahagian kami
daripada sebahagian yang lain dalam hal rezeki.” (Surah al-Nahl, ayat 71).
No comments:
Post a Comment