Jering terkenal di kalangan golongan tua.
Sebabnya, jering pernah menjadi makanan digemari pada suatu masa dahulu. Namun,
sekarang ini jering agak kurang popular terutama di kalangan golongan muda. Bahkan,
banyak golongan muda tidak pernah makan jering dan tidak kenal jering.
Jering adalah tumbuhan yang berasal dari
rantau Asia Tenggara. Penduduk di bahagian Barat memanggilnya sebagai dog
fruit. Buahnya sangat popular di Malaysia (dipanggil sebagai jering), Myanmar
(disebut “da nyin thee“), dan Thailand (disebut “luk-nieng” atau “luk neang“).
Penduduk di Indonesia pula memanggilnya sebagai jengkol.
Jering tidak digemari golongan muda kerana boleh
menyebabkan bau yang tidak menyenangkan dalam air kencing selepas ia diproses
oleh sistem pencernaan dalam tubuh, terutama sekali ketika ia dimakan secara
mentah.
Sebenarnya makan jering ada banyak
kebaikan. Jering mengandungi beberapa komponen penting yang baik untuk
kesihatan badan kita. Antara komponen tersebut termasuklah vitamin seperti
vitamin A, vitamin C, vitamin B. Vitamin A bagus untuk mata dan vitamin C bagus
juga untuk meningkatkan sistem imun badan.
Vitamin juga memainkan peranan penting
sebagai antioksidan yang mampu membantu melawan radikal bebas sekaligus
mencegah pelbagai penyakit. Selain itu, jering juga adalah sumber
antioksidan yang baik seperti polifenol, flavonoid, terpenoid, alkaloid,
β-sitosterol, kaempherol dan quercetin.
Di samping itu, jering juga mengandung
sumber protein, serat dan mineral seperti zat besi, fosforus dan kalsium.
Kandungan proteinnya yang tinggi juga bagus untuk pembentukan sel-sel tisu di
dalam badan.
Sebab itu elok jika dapat makan jering sebagai
ulam atau jering rebus sebagai kudapan. Abaikan kesan bau busuk air kencing
demi untuk mendapat manfaat daripadanya.
No comments:
Post a Comment