Beruntunglah sesiapa yang berjaya menjadikan dirinya individu yang matang. Banyak melakukan kebaikan, kurang terlibat dengan perkara buruk. Ada cara untuk menjadikan diri sebagai individu matang.
- Kurang bercakap, lebih mendengar.
INdividu lebih banyak mendengar dari bercakap. Secara semula jadinya kita dilahirkan dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut dan lidah sahaja. "A silent voice" kadang lebih kuat daripada ketika kita bersuara.
- Tidak bicara kosong.
Individu matang tidak bercakap kosong. Tetapi lebih suka untuk membicarakan perkara yang mendatangkan faedah. Berbincang tentang tajuk yang intelektual. Tidak punya waktu untuk berbahas dengan orang yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka. Kerana dia tahu ianya melelahkan dan membuang masa.
- Belajar dari kesilapan.
Individu matang akan sering belajar dari kesilapan. Mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dalam hidup. Tidak juga takut untuk mengakui kesilapan diri. Malah mudah untuk meminta maaf.
- Lebih mudah memaafkan
Individu matang adalah orang yang lebih tenang dan mudah memaafkan. Menyimpan dendam adalah sangat meletihkan minda. Ianya sungguh tidak perlu. Anda akan jadi lebih bahagia apabila dapat memaafkan dengan mudah.
- Terima takdir dengan hati terbuka
Bersedia menerima takdir sama ada kecil mahupun besar. Itu adalah ujian. Terimanya dengan hati terbuka. Yakin bahawa setiap apa yang berlaku dengan izin Allah adalah yang paling baik sekali. Sedih dan sakit itu biasa. Namun dengan kematangan kita akan dapat membersihkan "luka" itu sendiri. Bangkit semula tanpa menyalahkan sesiapa.
- Tidak mudah menghakimi
Tidak mudah buruk sangka terhadap orang lain dengan mudah. Sentiasa melihat kebaikan pada setiap orang. Individu matang sangat merendah diri. Hebat mana pun kita, usah sesekali pandang hina terhadap orang lain. Kerana segala apa yang kita miliki adalah berupa pinjaman sahaja.
- Lebih suka berdiam daripada bertengkar.
Individu yang matang akan tahu bahawa bertengkar untuk perkara yang tidak perlu adalah sia-sia. Jika tidak ada kata-kata yang baik, diam itu adalah lebih baik.

No comments:
Post a Comment