Monday, 16 January 2023

PCAK ziarah asnaf di Pasir Tumbuh

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) terus mendapat keyakinan individu, NGO, syarikat dan jabatan kerajaan sebagai pengantara membantu golongan asnaf.
 
Hari in PCAK berkesempatan untuk menyerahkan bantuan keperluan harian kepada satu keluarga di Pasir Tumbuh agar kehidupan keluarga berkenaan berjalan lebih baik berbanding sebelumnya.
 
Sumbangan berupa cerek, periuk nas, bantal, selimut dan pinggan untuk kegunaan mereka sekeluarga.
 
Keluarga 10 beranak ini terdiri ibu bapa dan lapan anak, yang mana enam daripadanya berada di alam persekolahan.
 
Bapa tidak dapat melakukan kerja berat disebabkan masalah kesihatan.
 
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment