Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu
mengambil kesempatan berkat Ramadan mengadakan Program Kasih Puteri dengan
menyatuni ahli-ahli cawangan.
Ketuanya, Nur Afiqah Zulkifli berkata
program tersebut diadakan sempena Ramadan yang bakal berakhir dan Syawal akan
menjelma, diharapkan kotak hamper Ramadan yang disumbangkan dapat sedikit
sebanyak mengembirakan di kalangan ahli Puteri yang disantuni.
Kotak hamper Ramadan disumbangkan oleh
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.
Selain menyerahkan kotak hamper Ramadan, program
tersebut juga melibatkan kunjungan terhadap ahli yang baharu atau bakal mendapat
cahaya mata.
Program tersebut merupakan langkah pertama
beliau bersama ahli jawatankuasa turun menyatuni ahli selepas mengambil alih
jawatan sejak 11 Mac lalu.
Langkah pertama itu diharapkan diikuti
langkah-langkah seterusnya untuk memperkasakan Puteri Bahagian Kota Bharu,
terutama untuk menambah bilangan ahli Puteri di peringkat cawangan dan
seterusnya mengaktifkan Puteri Cawangan.
Langkah awal ini dihadapkan dapat mempersiapkan
Puteri untuk memainkan peranan penting semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang
bakal diadakan tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment