Proses melakukan kerja-kerja dakwah bukan
perkara mudah biarpun menjadi tanggungjawab semua orang. Terdapat
pendekatan dakwah yang berkesan perlu dipelajari dan diamalkan dalam
melaksanakan tugasan dakwah.
Sesungguhnya tugas penting ini tidak
terlepas daripada menghadapi cabaran, tambah lagi dalam situasi sekarang yang
mana dunia tanpa sempadan serta usaha pihak-pihak tertentu yang ingin
menghancurkan Islam melalui serangan pemikiran. Pendidik berperanan mendidik
pelajar berdepan cabaran tersebut.
Dalam semua keadaan, kita tidak terlepas
menghadapi cabaran. Namun, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apa
yang penting ialah usaha dengan pendekatan yang susuai untuk mengatasinya.
Dakwah tidak hanya disampai melalui ucapan
atau kata-kata. Dakwah juga boleh disampaikan melalui tulisan, perbuatan dan
contoh. Justeru, guru mempunyai pelbagai cara untuk melaksanakan dakwah
bukan saja kepada pelajar, bahkan kepada masyarakat umum. Terdapat beberapa
kaedah boleh dilakukan oleh guru untuk melaksanakan dakwah iaitu,
Sedia diketahui, tugas utama guru ialah
mengajar matapelajaran di bilik darjah. Setiap guru ada matapelajran khusus dan
pilihan yang dipertanggungjawabkan mengajar pelajar.
Bagi guru yang mengajar matapelajaran
berkaitan ibadah dan pengetahuan Islam, tugas dakwah tidak sukar
dilaksanakan. Ia sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab dan
sukatan pelajaran yang ditetapkan.
Dalam kontes ini, guru berkenaan perlu
melaksanakan dengan penuh dedikasi bukan saja bertujuan untuk pelajar lulus
peperiksaan, tetapi tidak kurang pentingnya ialah untuk dijadikan amalan
kehidupan seharian.
Sesungguhnya setiap ilmu yang dipelajari
adalah untuk diamalkan. Ilmu yang dipelajari tetapi tidak diamalkan tidak
memberi manfaat umpama seperti pokok yang subur tetapi tidak berbuah.
Hari ini banyak pelajar berjaya mendapat
keputusan cemerlang, tetapi bankrap moralnya. Kita gagal menghasilkan rakyat
minda kelas pertama.
Bagi guru yang mengajar matapelajaran tiada
kaitan dengan agama, mereka masih berpeluang melaksanakan dakwah. Sesungguhnya
semua pengetahuan mempunyai kaitan dengan agama.
Contoh pelajaran sains juga mempunyai
kaitan dengan agama kerana ia adalah ilmu yang berkaitan dengan apa yang
dicipta oleh Allah. Dengan itu, guru sains perlu bijak bagaimana hendak kaitkan
sains dengan dakwah.
Antara yang boleh dikaitkan ialah kekuasaan
Allah mencipta alam ini. Pelajar perlu berasa apa juga yang berlaku di
sekeliling ini adalah kuasa Allah dan sekaligus meletakkan diri semakin hampir
kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment