Thursday 12 October 2023

AISKRIM MALAYSIA RASA DJANNAH DENGKIL

 
Aiskrim Malaysia memang disukai ramai. Aiskrim Malaysia atau juga dikenali aiskrim batang terdapat berbagai perisa, warna dan kreativiti, daripada perisa biasa kepada perisa buah-buahan, agar-agar, kacang hijau dan sebagainya.
 
Adunan cecair aiskrim Malaysia dimasukkan ke dalam plastik berbentuk silinder. Selepas itu bahagian atas akan disimpul kejap bagi mengelak cecair keluar. Ia kemudian akan diletakkan di bahagian beku peti ais sehingga ia menjadi beku sebelum keluarkan untuk dimakan atau dijual.
 
Mereka yang berada di kawasan Dengkil, Selangor dan kawasan sekitar boleh dapatkan aiskrim Malaysia rasa Djannah. Maklumat lengkap terdapat pada gambar.

No comments:

Post a Comment