Friday, 21 June 2024

MANFAAT KULIT PISANG.

 
Kulit pisang kebiasaannya akan dibuang setelah diambil isinya kerana tidak mengetahui tentang manfaat atau kebaikan penggunaan kulit pisang.
 
Antara kegunaan kulit pisang:
 
-  Meningkatkan kualiti kompos. Berbagai kandungan vitamin dan mineral dalam kulit pisang akan meningkatkan kualiti kompos sehingga menyuburkan tanah dan tanaman. Kulit pisang dibiarkan reput di dalam tanah. Masa diperlukan untuk kulit pisang mereput sepenuhnya tidak mengambil masa lama.
 
- Teh kulit pisang: Rendam kulit pisang dalam air selama 48 jam untuk menghasilkan teh yang kaya dengan nutrien untuk menyiram tumbuhan. Gunakan teh kulit pisang itu untuk menyiram pokok sayur atau tanaman lain.
 
- Tingkatkan kualiti tanah secara langsung. Potong dan tanam kulit pisang di dalam tanah kebun untuk mereput secara semula jadi, memperkayakan tanah dengan nutrien.
 
- Baja kering: Keringkan dan kisar kulit pisang menjadi serbuk untuk digunakan sebagai pengkayaan nutriun tanah sebelum tumbuhan ditanam.
 
- Tanam keseluruhan buah pisang. Pisang yang rosak atau buruk tidak lagi selamat untuk makan. Jadi, timbus keseluruhan buah pisang itu di dalam lubang di mana benih atau anak pokok akan ditanam. Cara itu akan membekalkan nutrien terus kepada akar semasa ia reput.
 
- Baja semburan - Buat baja semburan dengan mencampurkan ekstrak kulit pisang dengan serbuk kulit telur. Kulit pisang akan membekalkan unsur magnesium kepada tumbuhan.

No comments:

Post a Comment