Thursday, 13 June 2024

CARA FIRAUN MENJADI SANGAT KAYA

 
Firaun adalah gelaran bagi raja pemerintah Mesir kuno. Sepertimana raja-raja di tempat lain, ada firaun yang kejam dan tidak kurang juga yang baik. Satu ciri firaun ialah memiliki kekayaan dan kuasa yang kuat.
 
Kekayaan firaun dapat dilihat melalui pembinaan piramid yang masih dapat dilihat sehingga sekarang. Piramid adalah kompleks pemakaman atau perkuburan firaun dan keluarga. Pakar sejarah dan arkeologi yang membongkar apa yang terdapat di dalam piramid menemui banyak harta karun berupa emas dan permata di dalam piramid.
 
Persoalannya, bagaimana firaun mampu mendapat kekayaan, sedangkan kawasan negara Mesir adalah padang pasir yang tandus. Kawasan penempatan dan pertanian agak terhad.
 
Sebenarnya masa zaman tu, Mesir purba bergantung kepada beberapa aktiviti untuk memastikan ekonomi berkembang dan seluruh rakyat dapat hidup dengan aman mengikut kelompok masing-masing.
 
Sepertimana dalam mana-mana sistem masyarakat, ada golongan bangsawan atau kaya raya, pertengahan dan miskin melarat. Keadaan sosioekonomi dan sosiobudaya yang tersebut mememberi kelebihan kepada golongan pemerintahan untuk mengaut keuntungan dari segi kekuasaan dan kekayaan.
 
Golongan pemodal atau kaya menguasai kawasan pertanian yang subur. Rakyat biasa terpaksa bekerja sebagai buruh mereka untuk mendapatkan makanan dan keperluan asas lain. Hasil kebun yang banyak dan melebihi keperluan setempat diperdagangkan di tempat yang jauh melalui perdagangan rentas sempadan.
 
Pertukaran hasil dagangan dari tempat lain dibawa pulang ke Mesir dan dipasarkan pula kepada penduduk. Daripada aktiviti tersebut, golongan kaya terus mendapat kekayaan yang banyak.
 
Dalam sejarah ada disebut tentang seorang yang bernama Qarun yang amat kaya raya. Qarun dianggap orang paling kaya dalam sejarah manusia dari dahulu sehingga hari kiamat.
 
Qarun hidup pada zaman Nabi Musa asal orang beriman kepada Allah dan menjadi pengikut kepada Nabi Musa. Namun setelah menjadi kaya, Qarun menjadi sombong dan tidak mahu lagi menjadi pengikut Nabi Musa.
 
Firman Allah SWT bermaksud: “"Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya: 'Janganlah kamu terlalu bangga; Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri," (Surah al-Qasas, ayat 75).
Apa pula kaitan sosioekonomi ini dengan kekayaan firaun? Firaun sebenarnya mengambil kesempatan mengenakan cukai kepada golongan kaya. Ada juga firaun yang bertindak kejam merampas kekayaan rakyat secara tidak hak.
 
Dengan kata lain, isu cukai bukan diamalkan pada masa sekarang sahaja, bahkan telah diamalkan pada zaman dahulu. Pihak pemerintah pada ketika itu mengambil kesempatan menimbunkan kekayaan hasil daripada cukai.
 
Hasil cukai itulah firaun hidup mewah dan pada masa sama memperkuatkan lagi kedudukannya di kalangan rakyat.

No comments:

Post a Comment