Wednesday, 16 October 2024

BUAH SANGA RASA KELAT MANIS

 
Pokok sanga semakin pupus. Sanga nama panggilan di Kedah. Di Kelantan ia dipanggil pokok piah. Pokoknya tinggi macam pokok tualang. Pokok sanga ditebang untuk digunakan kayunya yang berkualiti. Tambahan pula, buah sanga tidak menguntungkan dari segi ekonomi, biarpun boleh dimakan dan ada peminatnya.
 
Buah sanga kulitnya macam ciku, tetapi keras. Kalau dilihat gambarnya, ada yang mengatakan macam buah sukun. Buah sanga sebesar buah limau sahaja, sedangkan buah sukun sebesar kelapa.
 
Cara hendak makan buah sanga cukup unik. Buah itu perlu dipukul atau diketuk kepada benda keras. Ada yang melontarnya ke simen atau dinding batu.
 
Tujuan dilakukan begitu untuk ‘melonggarkan’ isinya dari kulit dan biji. Dengan cara melontar juga isinya akan lebih gebu dan lembut. Jika tidak dibuat demikian isinya akan pejal.
 
Isinya berwarna kuning. Rasanya kelat-kelat manis dan isi buahnya yang benar-benar masak akan mudah melekat di gigi.

 

No comments:

Post a Comment