Ungkapan; “biar mati berdiri
daripada hidup melutut”, bermaksud tidak akan sekali-kali menyerah kepada
sebarang bentuk tekanan dan serangan pihak yang dianggap musuh yang berhasrat
untuk merampas kuasa, menunjukkan kuasa, merampas hak, mencampuri urusan kita
dan sebagainya.
Sesungguhnya, dalam
apa keadaan sekalipun, perjuangan perlu diteruskan biarpun berdepan dengan
pelbagai cabaran, kesukaran, derita dan penghinaan, bahkan sanggap berjuang sehingga
ketitisan darah terakhir. Biar mati berdiri daripada hidup melutut.
Tidak guna hidup jika terpaksa melutut kepada pihak lain. Hak mesti dipertahan, maruah perlu dijaga. Hidup pejuang mesti berhati kental. Tidak akan menyerah untuk menjadi hamba kepada pihak musuh.
Tunjukkan semangat pejuang yang sanggup
berkorban apa sahaja demi agama, bangsa dan negara. Bukan anak jantan Melayu
jika takut untuk berjuang, Biar putih tulang, jangan putih mata. Semangat perjuangan ini adalah manifestasi
kepada ungkapan keramat Hang Tuah; “Tidak akan Melayu hilang di dunia”.
No comments:
Post a Comment