Tuesday, 17 March 2026

RUMAH BANGSA PERKUKUHKAN UMNO

 
Inisiatif `Rumah Bangsa' oleh UMNO dilihat sebagai pendekatan luar biasa bagi memperkukuh parti itu di Semenanjung dan Sabah.
 
Usaha itu juga bertujuan memastikan UMNO terus relevan bukan hanya ketika musim pilihan raya tetapi sepanjang masa.
 
UMNO telah mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi menguruskan permohonan termasuk daripada pemimpin yang telah dipecat atau keluar parti untuk menyertai semula UMNO.
 
Pendekatan UMNO adalah untuk 'memaafkan dan melupakan'. Ketika ada parti lain mengambil tindakan memecat ahli, UMNO pula membuka ruang untuk menerima mereka kembali.
 
Beberapa tokoh telah menunjukkan minat untuk kembali menyertai UMNO dan pengumuman lanjut akan dibuat dari semasa ke semasa.
 
Inisiatif `Rumah Bangsa' terbuka kepada semua tanpa mengenakan sebarang syarat, termasuk bekas pemimpin UMNO.

No comments:

Post a Comment