Industri kenaf di Malaysia berkembang pesat sebagai komoditi
agrikomoditi mesra alam. Pada mulanya diperkenalkan sebagai tanaman alternatif
kepada tembakau, kenaf kini menjadi pemacu ekonomi penting dengan nilai jualan
mencecah puluhan juta ringgit, disokong oleh fokus kerajaan terhadap produk
bernilai tinggi dan biodegradasi.
Perkembangan penanaman kenaf memang menggalakkan. Bermula
tahun 2004 dengan hanya berkeluasan 0.4 hektar dengan seorang penanam,
bertambah mendadak sehingga 778 hektar pada tahun 2010 melibatkan 409
penanam.
Keluasan tanaman pada tahun 2026 telah mencecah 2,500 hektar
di seluruh negara. Sebanyak 555 pekebun kecil dan 4 usahawan terlibat.
Kalau pada awal penanaman kenal hanya tertumpu di Kelantan,
kini ia telah melebar sehingga ke Sabah dan Sarawak, selain kawasan utara
Semenanjung seperti Padang Besar dan Chuping di Perlis.
Kenaf Integrated Park (KIP) merupakan projek perintis di
Chuping memberi tumpuan kepada pemprosesan pulpa kenaf untuk pasaran produk
mesra alam.
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) memfokuskan hiliran
kenaf kepada lima produk bernilai tinggi iaitu bahan binaan, tekstil teknikal,
produk biodegradasi, biokomposit, dan makanan ternakan.
Seluas 100 hektar kawasan tanaman berasaskan makanan
ternakan dibangunkan di Sook, Keningau, bagi mengatasi masalah bekalan makanan
haiwan.
Usaha memperluas pembangunan industri kenaf di Malaysia
Timur giat dijalankan di Sabah dan Sarawak melalui beberapa siri kerjasama
strategik dan pembukaan ladang berskala besar.
Inisiatif pembangunan di Sabah diterajui menerusi kerjasama
erat dengan Sabah Land Development Bhd (SLDB).
Bagi menyokong ekosistem industri itu di Sabah, sebuah
pusat pemprosesan biji benih dan makanan ternakan turut dalam perancangan untuk
dibina.
Manakala pembangunan kenaf di Sarawak pula memfokuskan
kepada kerjasama dengan Syarikat Juta Walet Trading and Services.
Kerjasama itu mensasarkan keluasan tanaman sebanyak 234
hektar bagi projek ladang kluster yang akan mengeluarkan fiber, biji benih dan
makanan ternakan.

No comments:
Post a Comment