Ikan kitang (Scatophagus argus). Sejenis ikan laut yang
mudah ditemui secara kelompok. Ikan ini membiak di perairan tropika yang hangat.
Ikan kitang mempunyai warna bintik bintik belang pada bahagian tubuhnya dan
mempunyai sirip berduri yang tajam di atas bawahnya.
Ikan kitang mudah ditemui ketika naiknya air pasang laut dan berlegar-legar hingga ke permukaan laut atau sungai mencari makan.
Ikan kitang juga boleh mencapai muara laut dan memasuki sungai sehingga beberapa
kilometer.
Ikan kitang adalah omnivor, memakan pelbagai jenis makanan,
termasuk alga, invertebrata kecil dan detritus. Ikan ini memainkan peranan
penting dalam ekosistem dengan membantu mengekalkan keseimbangan alga dan
mikroorganisma lain.
Ikan kitang secara amnya tidak mengganggu ikan lain, tetapi boleh menjadi
agrasif terutamanya semasa musim pembiakan. Ikan ini cenderung untuk berenang
dalam kumpulan, yang membantu berasa lebih selamat daripada pemangsa.
Ikan kitang sesuai dimasak dalam pelbagai masakan seperti asam pedas, kari asam, masak singgang, masak sambal, goreng kunyit atau dibakar cicah dengan sambal kicap atau sambal asam.
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment