Cara monyet bawa anak.
Anak monyet baru dilahirkan tidak boleh terus berjalan.
Namun, ada satu keistimewan ialah anak monyet mempunyai kekuatan tangan dan
kaki untuk bergayut atau berpegang kepada tubuh ibunya setelah dilahirkan.
Naluri untuk dilindungi dan mendapatkan susu daripada badan
ibunya, Anak monyet yang baru lahir akan mencengkam bulu di bahagian dada atau
perut ibunya dengan kuat.
Posisi ini memudahkan anak menyusu secara langsung sambil
dilindungi oleh badan ibu ketika bergerak di atas tanah atau pokok.
Walaupun anak monyet mempunyai refleks genggaman yang sangat
kuat sejak lahir, ibu monyet kadangkala akan menahan badan anaknya dengan
sebelah tangan ketika berjalan pantas atau memanjat tempat tinggi.
Anak monyet hanya mula belajar berjalan setelah usia
melepasi tujuh hari. Pergerakannya hanya terhad di kawasan sekitar ibunya.
Setelah usia satu bulan, anak monyet mula melompat dan
berjalan lebih laju dan stabil.
Namun, dalam tempoh usia ini, anak monyet masih mengharapkan
pertolongan daripada ibunya untuk bergerak atau mengikut ke mana ibunya
bergerak dengan cara berpaut pada bahagian perut (bawah badan) atau menunggang
di atas belakang bergantung pada umur anak dan spesies monyet tersebut.
Cara ini membolehkan ibu monyet bergerak pantas menggunakan
keempat-empat kaki dan tangannya sambil memastikan keselamatan anak.
Apabila anak semakin membesar dan lebih kuat, ia akan
beralih ke bahagian belakang ibu seperti menunggang kuda.
Bagi speises monyek yang mempunyai ekor yang panjang, anak
monyet akan membelitkan ekor kecilnya pada ekor atau badan ibu sebagai sokongan
keselamatan tambahan ketika melompat dari dahan ke dahan.
Monyet biasanya boleh bergerak tangkas dan pantas selepas berusia
enam bulan. Namun, lingkungkan kehidupanya masih tidak jauh daripada ibunya
sehinggalah berusia melebihi satu tahun.
Anak monyet bergayut pada bawah badan ibunya, dan ekornya dililit ke atss
Bahagian ekor anak dililit di bahagian ekor ibunya
Anak monyet berada tidak jauh dari ibunya biarpun sudah boleh bergerak sendiri
No comments:
Post a Comment