Sunday, 15 November 2026

MONYET ADA GIGI TARING YANG PANJANG

 
Monyet ada gigi taring yang panjang.

Monyet dewasa mempunyai 4 batang gigi taring (canines), iaitu dua di rahang atas dan dua di rahang bawah dengan kedudukannya di kiri dan kanan pada rahang atas serta bawah.

Secara keseluruhannya, susunan dan jumlah gigi monyet adalah hampir sama dengan manusia, tetapi saiz gigi taringnya jauh lebih panjang dan tajam.

Jumlah keseluruhan gigi monyet dewasa biasanya antara 32 hingga 36 batang, bergantung kepada spesies dan habitat asalnya.

Selain gigi taring, monyet ada gigi gigi kacip (incisors) sebanyak lapan batang di bahagian hadapan untuk menggigit makanan.

Gigi geraham kecil (premolars) monyet di Asia dan Afrika mempunyai 8 batang, manakala monyet di Amerika Tengah dan Amerika Selatan mempunyai 12 batang.

Manakala gigi geraham (molars) monyet di Asia dan Afrika mempunyai 12 batang, manakala kebanyakan monyet di Amerika Tengah dan Amerika Selatan mempunyai 8 hingga 12 batang.

Walaupun kebanyakan monyet makan buah-buahan, daun, atau serangga, gigi taringnya memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.

Satu daripada fungsi gigi taring ialah untuk mempertahankan diri dan menguasai kawasan. Monyet jantan babun mempunyai taring yang sangat panjang, sehingga ada yang melebihi 5 sentimeter, yang digunakan untuk menakutkan pemangsa atau menunjukkan kuasa kepada pesaing.

Gigi taring yang tajam membantu monyet mengoyak kulit buah yang tebal, mengupas kekacang, atau memotong tumbuhan yang liat.

Jadi, berhati-hati jangan sampai diserang dan digigit monyet. Walaupun nampak jinak, tetapi boleh bertindak garang dan menyerang manusia jika terdesak atau dirinya diancam. 

 


No comments:

Post a Comment