Buat iklan mesti kreatif. Beri
tawaran terbaik untuk menarik perhatian pelanggan. Ayat atau gambar yang
digunakan untuk dijadikan iklan mesti boleh mempengaruhi pelanggan untuk
mempercayainya.
Pelanggan akan percaya itu
tawaran yang betul dan akan mendapat seperti apa yang ditawarkan. Tetapi, yang
pasti dia sendiri tidak akan merebut tawaran itu. Tidak sanggup kerana ada
resikonya.
Berlainan dengan janji politik. Dari
sudut kreatif itu sama untuk menarik sokongan pengundi. Ayat atau gambar yang
digunakan untuk dijadikan janji politik mesti boleh mempengaruhi pengundi untuk
mempercayainya.
Yang bezanya, ahli politik bijak
berjanji tetapi tidak mesti bijak menunaikannya. Orang politik mesti bijak
menyalahkan orang lain, tetapi diri sendiri atau partinya tidak melakukan
seperti dijanjikan.
Orang politik berjanji banyak
kali dan banyak kali tidak menunaikan, tetapi kerana taasub pengundi tetap
mempercayainya.
Orang politik berjanji nak buat
itu dan ini biarpun tahu tidak mampu melakukan. Orang politik boleh kata itu
dan ini yang boleh disesuaikan untuk kepentingan politik masing-masing.
Jadi, berhati-hati dengan iklan
dan janji orang politik.
No comments:
Post a Comment