Itu
tidak termasuk pasar raya dibina dipekan-pekan kecil. Sekarang, pengguna tidak
perlu pergi jauh untuk mendapat barang keperluan.
Restoran
mewah dibina di mana-mana. Macam-macam
menu kegemaran sama ada tradisional mahupun dari luar negara. Restoran makanan
segera kini terpancak di mana-mana sahaja, termasuk di pekan kecil.
Perniagan
atas talian kini jadi trend pengguna. Di pejabat pos penuh dengan peniaga atas
talian menghantar barang masing-masing. Syarikat besar yang mengadakan kempen
jualan atas talian mendapat tempahan hingga berbilion ringgit.
Setiap
tahun ratusan ribu rakyat Malaysia pergi umrah. Itu tidak termasuk yang pergi
melancong ke luar negara.
Tidak
jadi perkara pelik lagi jika ada pasangan yang merancang perkahwinan pergi ke
luar negara untuk membeli peralatan persiapan majlis perkahwinan. Itu belum berbulan
madu lepas berkahwin.
Sekarang
ini majlis perkahwinan dilangsungkan di hotel dan dewan yang serba serbi diuruskan
pihak lain. Keluarga pengantin hanya pilih tema dan menu. Tungguh bayar aje.
Kereta
mewah dan motosikal mewah banyak menjalar di jalan raya. Sekarang ini timbul
pula riadah berbasikal yang disertai pelbagai peringkat umur. Basikal yang
digunakan bukan setakat harga satu atau dua ribu ringgit, tetapi banyak yang
membeli basikal berharga berbelas ribu ringgit yang digunakan hanya sekali
sekala.
Itu
semua tanda kuasa beli rakyat Malaysia besar. Rakyat Malaysia berduit dan mampu
membeli barang keperluan harian dan yang berharga mewah.
Kalau
ada rangkaian pasar raya mengalami penurunan pembeli, itu bukan bermakna rakyat
tiada wang, tetapi pesaing lain lagi hebat dan dapat menarik minat pelanggan ke
tempat mereka.
Jadi,
kepada peniaga yang mengalamai penurunan jualan mahupun yang kena tutup kedai, jangan
salahkan ekonomi. Belajarlah untuk mengurus perniagaan lebih baik dan bagaimana
untuk mengurus pesaing.
Keadaan
ekonomi Malaysia sebelum PRU 14 kukuh dan kenyataan Pakatan Harapan bahaya ekonomi Malaysia pada ketika itu teruk hanya satu propaganda.
No comments:
Post a Comment