Antara
untung atas jualan 100k dengan jualan 1j memang ketara sangat tak sama.
Nilai zakat perniagaan untung 100k juga tidak sama dengan untung 1j.
Peniaga yang keluar zakat 1 juta pula lebih banyak memberi manfaat kepada asnaf dan ekonomi negara berbanding dengan peniaga yang keluar zakat 1 ribu.
Semestinya peniaga yang berzakat 1 juta itu bukan berniaga keseorangan kerana dia perlukan pasukan yang hebat. Maka dia akan menggajikan pekerja dan memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai orang.
Inilah namanya muamalat dalam agama kita. Islam itu sendiri kukuh dan tersebar kerana perniagaan.
Maka kerana inilah jika berniaga mesti target besar-besar..juta-juta nilainya. Barulah ekonomi umat Islam akan kukuh.
Nanti sibuk berniaga juta-juta tak ada masa untuk keluarga dan hal-hal keagamaan..sinis bunyinya.
Berapa ramai yang kita kenal tak berniaga juta-jutapun tak ada masa untuk keluarga dan tak jenguk masjidpun?
Dan berapa ramai pula yg kita kenal orang yang berniaga juta-juta tetapi selalu bersama keluarga dan hatinya selalu terpaut ke masjid? Inilah golongan orang yang pandai berniaga. Mereka ada ilmu perniagaan yang sebenar.
Tapikan juta ke ribu ke...itu tak penting. Yang utama ialah berkat...
Pangg!!!!
Kena lagi. Ini minda orang kita yang berhati kecil.
Oleh:
Mohd
Azmi Ismail
No comments:
Post a Comment